Eklassiq Concept biz card

Eklassiq Concept biz card

Monday, August 22, 2011

Cantik & Berseri di Hari Lebaran

As Salam.
Hari ini bertarikh 22 Ogos 2011 bersamaan dgn 22 Ramadhan 1432H. Tinggal 1minggu lagi bagi umat Islam meraikan Hari Raya Aidilfitri.
Sesiapa pun, tidak kira lelaki atau perempuan mahukan penampilan sentiasa berada di tahap terrrbaik terutama sekali pada hari istimewa, hari kebesaran, atau hari perayaan.  Yg perempuan mahu nampak cantik dan berseri-seri. Yg lelaki pula mahu kelihatan tampan dan segak. Sebenarnya, lelaki pun mau juga muka nmpak fresh (ala-ala berseri jg la, karang kalau kita kata lelaki mo nampak berseri dikata macam perempuan pulak). 
Di sini sy ada tips cara Miss Kabby untuk tampil cantik berseri di hari lebaran nanti. Tips ini mudah dan ringkas. Juga mudah di dapati di pasaran. Lakukan tips ini pada sebelah malam sblm tidur.
Bahan² yg diperlukan:
UNTUK MUKA
1. 1pc e-Nature non woven cloth face mask Aloe Vera. Boleh di dapati di kedai e-Noveal.
(apa² jenama kegemaran korang pun boleh, Guardian ke, Garnier ke, SK II ke etc. asalkan korang suka & selesa. Tak semestinya Aloe Vera, boleh juga tukar kpd Evening Primerose, Green Tea, Bird's Nest, Chamomile, Lavender...depends on keperluan muka kita)


2.(Optional) Alat Pengurut Eternal Beauty (EB) jenama Elken. Getarkan/'On' alat selama 3-5minit. Ini adalah utk mengaktifkan cas² EB ini.
(kalau mo pakai pun boleh, x pakai pun boleh. Cuma khasiat & kebaikan face mask tu akan lebih berkesan)

UNTUK KAKI
3.  1sachet Herba Rendaman Kaki. Juga boleh di dapati di e-Noveal dan toko² jamu.
(kalau korang ada herba utk kaki kegemaran sendiri, boleh guna jugak. Sy guna herba keluaran TYT)
Cara² Penyediaannya:
MUKA
1. Bersihkan muka anda sebersihnya. Lapkan muka dgn tuala bersih.
2. Ambil cloth face mask tu, letakkan secara perlahan-lahan di atas muka. Ratakan.
KAKI
1. Didihkan air yg mengandungi sachet & tuang ke dalam besen/baldi (yg boleh muat kedua² kaki anda). Tambahkan air suam sehingga mencapai suhu air yg diinginkan.
Cara² Penggunaannya:
1. Minum segelas air suam. Letakkan perlahan-lahan kaki anda ke dlm besen/baldi.
2. Sambil itu, letakkan cloth facial mask di atas muka.
3. (Boleh skip langkah ini) Urut dgn menggunakan Eternal Beauty dgn menghala ke atas. Lakukan selama 10minit.
4. Lps selesai mengurut muka, jgn tanggalkan face mask tersebut. Biarkan.
5. Relax dan pejam mata. Sambil² tu dgr la muzik semulajadi (cth: kicauan burung & air sungai yg mengalir) atau apa² soothing music. Boleh juga pasangkan minyak / lilin aromaterapi mengikut kesukaan anda. 
6. Biarkan selama 40-50 minit. Manjakan diri anda.
7. Selepas 40-50 minit, tanggalkan facial mask perlahan-lahan. Angkat kaki perlahan-lahan dan keringkan dgn tuala.
8. Urut muka dgn jari-jemari anda menghala ke atas sehingga esen meresap.
9. Minum segelas air suam bagi menggantikan air yg terhidrat semasa merendam kaki tadi. Lepas tu...tidurrr.
Pada keesokkan paginya, x perlu basuh muka dgn facial foam atau sabun muka. Cukup sekadar basuh dgn air biasa sehingga tiada kesan² licin. Kalau  boleh dgn air yg mengalir atau air shower. Sy prefer air shower.
Please be informed, rawatan kaki & muka ni dilakukan sekali gus dalam 1 masa, ya.

Kesan drpd itu, anda akan dapati wajah anda kelihatan radiant, sihat, dan lembuuuttt ja. Pakai mekap pun cantik ja. Badan pun rasa ringan, sihat & selesa. Bila wajah kita nampk berseri-seri, badan pun rasa sihat selesa, automatik tahap keyakinan diri kita turut meningkat. Maka, bertambah cantiklah kita...hehehehe...


P/S: Walau mcmna pun, wudhu & solat jugalah "Penyeri Wajah" yg TERBAIK selain menjaga makan dan minum.