Eklassiq Concept biz card

Eklassiq Concept biz card

Saturday, May 19, 2012

Kelas Solekan Peribadi (Asas) 1/2012

As salam dan selamat sejahtera...
Seperti yg pernah sy war-warkan sebelum ini, sy dan kawan² sy akan menganjurkan Kelas Solekan Peribadi (Asas). Untuk makluman, sy bukanlah seorang yg PANDAI SANGAT pasal solek-menyolek ni sampai berani menganjurkan kelas macam ni. Cuma sy ingin berkongsi pengetahuan sy yg tidak seberapa ini kepada kawan-kawan semua yg berminat. Apa yg sy kongsikan pun hanya yg basic, bukan yg advance. Sy akui, sy tiada tauliah utk ini tapi sy buat ni pun atas permintaan dan dorongan daripada kawan² juga. Bukan saja-saja mo buat pun. Atas permintaan juga. Siapa la sy ni kan. Belajar mekap pun dari youtube, majalah dan buku solekan. Mau belajar mekap face to face pun di rumah pengajar. 

Hehehe...sila baca entry ini utk mengetahui lebih lanjut tentang kelas ini, ok.


KETETAPAN
TARIKH : 17/06/2012 (Ahad)
MASA : 9.00am - 5.00pm
TEMPAT : Kompleks Ta'Ha D'Bayu (Tabung Haji) Sembulan, Kota Kinabalu, Sabah
YURAN : RM155/seorang
SEAT : Terhad untuk 15 orang sahaja

ATURCARA KELAS
9.00am : Kehadiran peserta / Pendaftaran
10.00am : Kelas Mekap Sesi 1 [Day Makeup/Santai/Solekan ke Kolej atau Pejabat]
1.00pm : Rehat / Lunch / Solat
2.00pm : Kelas Mekap Sesi 2 [Night Makeup/Dinner/Function]
5.00pm : Kelas dijangka selesai

SIAPA YANG PATUT HADIR
# ...yang punya zero knowledge tentang solekan
# ...yang punya keinginan utk belajar cara solekan yg betul
# ...yang mahu menyerlahkan lagi penampilan

PERALATAN YANG PERLU DIBAWA KE KELAS KELAK
# ...cermin muka
# ...lain-lain peralatan akan dimaklumkan selepas membuat pengesahan penyertaan
# ...semua peralatan mekap


HIGHLIGHT
# ...ketahui teknik asas mekap (Smokey dan Socket)
# ...cara betul membersih dan aplikasi alat penjagaan muka
# ...ketahui warna sesuai untuk warna dan jenis kulit
# ...ketahui teknik shading muka
# ...ketahui cara membuat homemade beauty 'tools'  

# Door Gift Diberikan #
# Makan Minum Disediakan #
# Ada jualan promosi MEKAP dan BEAUTY CARE (MASAGENA Health & Beauty Care) #
[sila support dan lawati blog kawan sy di MASAGENA Health & Beauty Care ]

SESIAPA YG BERMINAT, HUBUNGI SY UTK PENGESAHAN DAN KETERANGAN LANJUT:
Emel : kabbyra@gmail.com

Jumpa di sana. kawan-kawan...

Monday, May 14, 2012

Coming Soon: My Basic Personal Makeup Class

As salam n selamat sejahtera...

Kawan² yg rapat dgn sy sangat faham dgn 'kegilaan' dan 'obsession' sy....MEKAP! Kawan² d IPD KK suggest sy supaya buat kelas asas mekap utk dorang. Bila fikir², tidak salah kalau sy buat personal class makeup basic utk kawan² yg berminat ni.

I will organise my Basic Personal Makeup Class soon..lepas dapat tarikh dan tempat yg sesuai. Sy juga akan jemput kawan² sy yg jual makeup tools dan jual beauty personal care. Kelas akan diadakan di sekitar Kota Kinabalu juga.  

Sy sangat-sangat-sangat passionate terhadap dunia solekan. Setakat ini, sy tidak pernah mengikut kursus yg advance sebab "keadaan ekonomi" sy yg kurang mengizinkan. Minat yg mendalam dalam bidang ni buat sy tidak pernah berhenti belajar dan memperbaiki skil solekan sy. Selama ini, sy belajar mekap melalui youtube, majalah dan buku mekap. Pernah juga ikut kursus khusus solekan di sekitar KK.

Kelas mekap ni tercetus apabila ramai drpd kawan² ofis tanya sy pasal mekap dan penjagaan kesihatan kulit muka. Pernah sekali, sy dan kawan² berbincang psl mekap dan kecantikan. Sy sampai tidak cukup mulut mo menjawab soalan² cepu mas dorang. Bertubi-tubi dorang tanya sy psl mekap la, cara betul membersihkan muka la, macam-macam la. 


Sy pernah juga mengalami masalah kulit muka. So, sy faham perasaan dorang bila dorang tanya pendapat sy tentang kesihatan kulit dan solekan yg betul. Utk pengetahuan kawan², dulu...muka sy sangatlah teruk. Muka berjerawat (sampai bernanah), parut sana sini...sampai sy jadi sangat down dan rendah diri. Next entry la sy post pengalaman sy tentang muka yg berjerawat dan berparut. 

Kawan² yg ingin belajar mekap asas, boleh la join. Sy bukan la seorang yg expert sangat pasal mekap² ni tapi adalah sikit ilmu tu utk di share. Buli la kampung-kampung. Dalam kelas tu nanti, sy akan tunjuk basic mekap ke pejabat, santai dan dinner dgn MENGGUNAKAN MEKAP TOOLS sedia ada milik peserta sendiri. Selain itu, sy juga akan tunjuk steps yg betul utk membersihkan wajah.

Oklah...nanti sy akan update lagi pasal kelas personal sy ni kalau sy uda dapatkan tarikh, masa dan tempat...kemungkinan besar akan diadakan pada Jun 2012 kelak.

Kabby says;
sangat berbesar hati jika dapat dapat memanfaatkan dan berkongsi ilmu yg sedikit ini dgn kawan-kawan suma. korang sangat di alu-alukan utk join kelas yg serba sederhana ni 

Sunday, May 6, 2012

QUOTE: 1

" Don't let the bullshit of today convince you that you aren't BEAUTIFUL."