Eklassiq Concept biz card

Eklassiq Concept biz card

Monday, December 17, 2012

Makeup : Sweet Pinkish (Wedding Reception-Nabila Hanis)

assalam dan selamat sejahtera, everybody.
baru-baru ni sy attend majlis kahwin kawan lama sy time di Sipitang dulu. majlis ni kna buat sekali, adik-abg punya walimah. yg abg, Zahid. yg adik, Ahmad Muhajir.

dipendekkan cerita, kakak dorang ni iaitu Puan Marhamah mnta sy mekapkan adik iparnya, c Nabila, isteri Ahmad Muhajir @ Aji. sebelum ni, sy pernah mekapkan c Marhamah masa dia kawin dulu. Tengok sini Marhamah : Nikah + Sanding

dgr cerita, mula-mula CT Khatijah @ Tija (isteri Zahid) mo ambik sy jadi MUA dia tp dia bg laluan utk isteri aji.
 
Tija  org nya pun manis, peramah, sopan santun, sporting...hehehe org Ranau jg ba bini c Zahid. baru 1st time jmpa tija, sy rasa mcm biasa suda sama dia. sy x rasa kekok. ok ja. pandai ko pilih ah Zahid.
nama isteri Aji ni, Nabila Hanis. org nya manis, lemah lembut, suka senyum, peramah...pendek kata, mmg ngam dijadikan menantu la. hehehe...untung ustazah rukaiyah, dpt menantu mcm Nabila Hanis.

Nabila ni mmg sy sudah sedia maklum, dia memang TIDAK MAU....
# Pakai fake eyelashes
# Heavy makeup look
# Coloured contact lenses
# Trim eye brow

Nabila request mekap yg simple, sweet & natural...Alhamdulillah, dia dan seluruh family dia sangat suka mekap ni. syukur.
 
non-edit at all. watermark saja

Nabila Hanis dan suami, Ahmad Muhajir.

Putih: Tija dan Zahid
Ungu: Nabila dan Aji
S.W.E.E.T 
till then, bye. tq 4 ur time.

p/s: sepa² yg berminat utk booking mekap service sy atau mengajukan sebarang pertanyaan, bolehlah SMS (sahaja) sy di 016-5888067 atau emel kabbyra@gmail.com . In sha Allah sy akan reply secepat mungkin. 

Friday, December 14, 2012

Makeup : Simple and Sweet

Assalam dan selamat sejahtera.

entry kali ni, sy share hasi kerja sy yg bertajuk "Simple and Sweet". model mekap sy kali ni adalah adik sy sndiri, Watie atau nama timangannya Uding. dia attend charity dinner di Sutera Harbour baru-baru ni yg turut dihiburkan oleh penyanyi Syafinaz Selamat.
 
dia ni mo mekap simple ja tp sweet. dia mo inspirasi mekap mcm Shila Amzah atau ala-ala korea gituuu...konon. ntah jadi ntah nda. tp dia satisfied, means menjadi la mungkin mekap ni utk dia. warna eyeshadow sy kasi mix warna brown dari palet Victoria Jackson dan palet Dubai.
 
non-edit at all
 

non-edit at all
 
non-edit

 



 so, mcmna? mo mekap mcmni? boleh...sebarang pertanyaan, booking...boleh emel sy di kabbyra@gmail.com atau SMS (sahaja) ke no. 016-5888067.

Thursday, December 13, 2012

Makeup : Smokey Sweet Green

Assalam dan selamat sejahtera...

Baru2 ni sy mekap kwn sekerja di kediaman dia di Cyber City. Nama dia Dayone. Kunun2 mo buat photoshoot santai ja. Makeup and photog done by me. Hehehe...

Mekap dia sy buat Smokey Sweet Green. Mula-mula mo kasi kaler eyeshadow biru, tp mcm selalu sangat suda sy mekap kaler biru. Hijau jarang2 mekap. So, this is it. Enjoy...~

Makeup by Kabby Yra
(non-edit. tambah watermark ja)


nude pinkish lippie
(non-edit. just add some watermark)



rosy pink lippie
(non-edit. tambah watermark ja)


non-edit face. penat sudah meng-edit gambar

(non-edit face)

talent (Dayone) yg sangat sporting. sangat mengikut 'arahan' fotografer ni...hehehe
till then, bye...thank you for ur time visiting my little blog.

Tuesday, November 27, 2012

Kabby...Sebelum Jadi Freelance MUA

Assalam dan selamat sejahtera everybody...

Ari ni sy mo share cerita pasal sy sebelum officially jadi Freelance Makeup Artist a.k.a Jurumekap Bebas...sebab ramai kawan² sy tanya mcmna sy bleh jadi jurumekap. Ramai juga yg tidak sangka yg sy bole mekap org. Hehehe...
 
Dulu sy x suka mekap dan memang tidak suka mekap. Sy ni bukan jenis yg "Lady Like"...agak tomboy sikit...seriously! Lepas masuk kolej dan pandai sudah ber-boyfriend², baru la sy menjinakkan diri dgn mekap² ni. Itu pun beli eyeshadow, eyeliner n compact powder d kedai runcit...samada kedai kaling atau kedai pakistan. Jumlah kos mekap sy masa tu, RM12 ja. Hahaha...
 
Masa tu kulit muka sy bermasalah. Bukan masalah sikit, masalah banyak! Banyak jerawat, penuh di muka, ada yg bernanah lagi. Eeeww...so jarang la mekap. Tapi skg, Alhamdulillah. Ok sudah la sikit. Blemish-blemish tu masih lagi ada, tidaklah mulus sangat.
 
Dipendekkan cerita, pada suatu hari...
(dlm part ni, sy sudah ada asas mekap dan sudah ikut kelas mekap peribadi)
 
Ada sorang kawan sy ni mo mnta mekap utk kawin dia tapi kekurangan bajet. Lepas itu, ini, itu, ini...tinggal berapa lagi utk bajet mekap. Kebanyakan mak andam minta RM200++ (masa itu la. Nama, lokasi dan masa dirahsiakan). Kawan sy pula bukan org senang tapi mo mekap pengantin juga.
 
Ya la...kawin kalau boleh, sekali ja seumur hidup. Kalau x mekap yg terbaik pun at least "look" yg everlasting kalu tgk dlm gambar nnt. Tidak jg mo cincai.
 
Mo pergi Bodyshop, dia malu. Kawan sy ni memang pemalu org nya dan alim sikit.
 
So, dia mnta sy mekapkan dia. Dengan ilmu pengetahuan yg cukup-cukup makan, sy pun mekap la jg. Tapi tidak la ba sy kasi mekap pakai makeup tools yg cincai. Masa tu sy mampu suda beli jenama mekap dari Maybelline, Silky Girl, Elianto, Revlon. Bukan lagi yg cikai² di kedai kaling.
 
Sy kasi mekap yg simple² ja. Foundation sy kasi pakai cream to powder Revlon, ini la yg paling mahal sy ada masa tu. Hehehe...
 
Alhamdulillah, kawan sy suka! Syukur...
 
Bermula dari situ la, sy semakin giat membaca majalah dan menonton Youtube tutorial mekap. Dan pergi rumah org utk belajar mekap. Org yg selalu jadi mangsa mekap sy, kawan² ofis sy di IPD KK.
Hehehe...memang dorang sangat sporting bila kna "conteng". Tq my dear friend.
 
So, thats it. Sy sasarkan perkhidmatan sy ni utk org yg mempunyai low-budjet tapi masih mahukan solekan yg menawan. Insya Allah sy akan usahakan utk memberikan mekap yg terbaik semampu sy.
 
Sy mohon maaf sekiranya kualiti gambar² yg sy post-kan dlm blog ini kurang memuaskan. Insya Allah kalau sy ada rezeki lebih, sy akan beli kamera yg better.
Im looking forward for your makeup booking, Im ready to enhance your beauty for your special day.
 
Anyway, Im just your another MUA/Makeup Artist.

Makeup : Simple Sweet Look

Florina @ Noi
Simple Sweet Purple
(without fake eyelashes)


Florina @ Noi
Simple Sweet Purple
(without fake eyelashes)


Marrysia @ May
Simple Smokey Brown
(without fake eyelashes)
less light


Marrysia @ May
Simple Smokey Brown
(without fake eyelashes)
with light and flash



Mieha Ali
Sweet Nude Look
(without fake eyelashes)
less sunglight


Mieha Ali
Sweet Nude Look
(without fake eyelashes)
with sunlight


Mieha Ali
Sweet Nude Look
(without fake eyelashes)
Noi dan May adalah cousin. Dorang mnta sy mekap dorang utk attend cousin dorang kawin di church. So, thats the result. Hehehe....
 
Mieha just mnta sy buat trial mekap utk dia. Dia mo yg sweet ja. So, sy bg dia Sweet Nude Look. hehehe...

Monday, November 26, 2012

Makeup : Smokey Purple Pinkish

Erna Firhana
(Sebelum)
 
Erna Firhana
(Selepas)


Erna Firhana
(Selepas)

Erna Firhana
(Selepas)
 Mekap yg dikenakan ke wajah mulus cik Erna Firhana ni adalah Smokey Purple Pinkish. Tapi kelihatan dlm pic ni lebih kepada kaler pink, kan...mekap yg simple ja :) sesuai utk perkahwinan atau function.

Wednesday, November 14, 2012

Makeup : Sweet Soft Pinkish

This is my officer named Puan Norzarihan a.k.a Puan Yan. Sy, Puan Yan dan Ainizan adalah pegawai awam drpd PERKEP IPD KK yg terpilih utk menghadiri Majlis Makan Malam PERKEP Sabah bertempat di     Le Meridien KK.

So this is the result...sorry, picture nda berapa terang. 




Makeup : Simple Smokey Brown

Kebanyakan mekap yg sy buat, yg simple-simple saja. Sy sedaya upaya utk 'mengekalkan' wajah sebenar walau pun wajah di solek tebal. Actually, ramai yg mo mekap yg natural ja, so sy ikutkan saja...termasuk diri sy sendiri. Hehehe...
Enjoy the 'looks'...yang x seberapa ini.











Sunday, November 11, 2012

Makluman

Assalam dan selamat sejahtera, semuanya.

Buat masa sekarang sy tdk dpt upload gambar² mekap yg sy buat baru² ni atas sebab kesibukan kerja, namun sy berjanji akan upload gambar² tersebut pada masa terdekat ini, ok.
Terima kasih, kawan-kawan.
 

Tuesday, November 6, 2012

Makeup : Solemnization - Marhamah


 
 
Ini Puan Marhamah. Pemilik Facebook page Masagena Health and Beauty Centre dan Souq Emas.com  based in Putatan, Sabah. Siapa yg mo order barang kesihatan dan emas, bolehlah like page dia dan contact dia via page yg disebutkan tadi.
 
Oklah, utk mekap dia time nikah, sy banyak bermain dgn warna² Gold+Brown+Cream+White. Untuk lipstick sy guna warna² Coral. Warna² macam ni sangat sesuai utk warna kulit sawo matang macam dia. Sekali imbas, macam muka Cheryl Samad pun ada. Hehehe...she's so sweet! (sorry sy tiada gambar close-up dia)

kredit gambar : Puan Marhamah

Friday, November 2, 2012

Miss Kabby's Makeup Rate

As salam dan selamat sejahtera semuanya.
Saya menyediakan perkhidmatan mekap untuk hari bahagia, hari penting atau santai :
~ Pertunangan (Engagement)
~ Pernikahan (Solemnization)
~ Persandingan
~ Graduasi (Graduation)
~ Majlis Korporat
~ Makan Malam (Dinner)
~ Hi-Tea Party
~ Photoshoot
~ dan lain-lain function...

Saya juga menawarkan harga yang amat berpatutan (bajet-mampu) dan berjanji akan memberikan solekan terbaik semampu yang mungkin. 

Perkhidmatan mekap yang saya tawarkan ini KHAS untuk anda yang mempunyai BAJET RENDAH terutama untuk MAJLIS PERKAHWINAN anda. Saya faham dengan keadaan semasa yang menuntut perbelanjaan yang tinggi untuk majlis perkahwinan.

Harga perkhidmatan mekap yang saya tawarkan sangat berpatutan, sesuai dengan anda yang low-budget. Harga akan berubah mengikut lokasi, kos pengangkutan dan lain-lain faktor semasa seperti request tambahan (jika ada). 


1. PERKAHWINAN :
(Acara: Pertunangan/Pernikahan/Persandingan/Resepsi/Malam Berinai, Malam Berbedak)
Flat rate! Ya flat rate, kadar rata semua event! Jimatkan...

Pertunangan : RM150
Pernikahan : RM150
Persandingan : RM150
Resepsi : RM150
Malam Berinai : RM150  

*****

2. PHOTOSHOOT :
RM 80 - RM 150
(bergantung pada tema photoshoot)
(e.g: pre-wedding, modeling, santai)

*****


3. FUNCTION :

Night/Evening : RM 60 - RM 70 (e.g: Dinner/Party/Prom Night etc.)

Day : RM 50 - RM 60 (e.g: Bridesmaid(pengapit)/Hi-Tea etc.)


*****

4. TRIAL :
RM 30

*****

5. KIDS / MEN :
RM15
(Kids age: below 12 years old )

Sebarang keterangan lanjut, pertanyaan harga dan appointment...bolehlah emelkan terlebih dahulu di 
kabbyra@gmail.com
016-8370521 Miss Kabby (SMS/WhatsApp sahaja)

Facebook (page): Eklassiq Concept
Jangan lupa sertakan sekali nama, nombor telefon dan kawasan, ya. Kadar harga ini dan keutamaan akan diberikan kepada mereka yang berada di sekitar Kota Kinabalu, Putatan, Penampang, Inanam, Menggatal dan kawasan sekitarnya. Permintaan mekap luar daripada lokasi yang disebutkan, akan dikenakan fuel charge.

Nota: Harga tertera adalah harga utk MEKAP sahaja. Kos pengangkutan dan Hair-Do tidak termasuk. 

Wednesday, October 31, 2012

Makeup : Simple Turqoise Look



Actually, puan ni mo mekap ala-ala Rozita Che Wan tapi dia sendiri x berani mo mekap tebal mcm Cik Ta. Mo suruh dia pakai contact lens, x reti mo pakai. Huhu...lagipun masa singkat sangat, lebih kurang 45 minit ja lebih kurang. In the end, sy mekap ala-ala princess ja la, sweet-sweet gitu. Eyelash sy pilih yg panjang tapi x tebal. Dia ni jenis yg x pakai mekap atau apa² bedak pun samada p jalan² ka atau p kerja. Lipstik, lip balm, lip gloss...semua dia x pakai. Memang dia ni simple ja. Nasib baik muka dia bkn jenis bermasalah, mulus ja kulit. Senang mo mekap.

Makeup : Classic Look

Belum pakai lipstick lagi ni. Bunga sisip pun belum pakai.
P/S: sila abaikan shading yg x jadi di hidung tu, ye. hehehe...
Ini sudah pakai lipstick dan pakai bunga sisip. Baru touch up sikit.
Sekali tgk, terlebih bedak pula dkt rambut dahi. Isk!
P/S: sekali lagi, sila abaikan shading di hidung dan bedak terlebih dkt rerambut dahi. hihi
 

 
Nah...this is my classic look...kunun...lipstik sy pakai SilkyGirl Juicy Pink no. 06. Tapi nampak merah pula, bukan pink. Tapi x la merah sangat. Utk mekap ni, sy byk pakai shading. Huhuhu...sedar diri muka bulat, so shading sana sini. Ada beberapa part sy x sempat touch up terutama shading di hidung sebab dah rushing sangat, kelam kabut! So, mmg x menjadi langsung la shading d hidung tu. Masuk kereta pun kaki ayam ja, dalam kereta baru pakai kasut.  Maafkan sy ya. Sy sedar, masih byk yg perlu sy perbaiki dan akan berusaha utk perbaiki lagi.  

Thursday, July 12, 2012

Wednesday, July 11, 2012

Makeup : Simple Purple Pinkish

Simple Purple Pinkish
Ni time sy tgh boring. So, housemate sy, Ija @ Faizah Morris, jadi mangsa sy. Hehehe...
Semua kawan² sy yg mo minta mekap, mo mekap yg simple² ja, kecuali kawan sekerja sy, Liyana. Sekali sekala, mo jg mekap smokey eyessss. Ada yg mo minta mekap? *wink*