Eklassiq Concept biz card

Eklassiq Concept biz card

Tuesday, November 27, 2012

Kabby...Sebelum Jadi Freelance MUA

Assalam dan selamat sejahtera everybody...

Ari ni sy mo share cerita pasal sy sebelum officially jadi Freelance Makeup Artist a.k.a Jurumekap Bebas...sebab ramai kawan² sy tanya mcmna sy bleh jadi jurumekap. Ramai juga yg tidak sangka yg sy bole mekap org. Hehehe...
 
Dulu sy x suka mekap dan memang tidak suka mekap. Sy ni bukan jenis yg "Lady Like"...agak tomboy sikit...seriously! Lepas masuk kolej dan pandai sudah ber-boyfriend², baru la sy menjinakkan diri dgn mekap² ni. Itu pun beli eyeshadow, eyeliner n compact powder d kedai runcit...samada kedai kaling atau kedai pakistan. Jumlah kos mekap sy masa tu, RM12 ja. Hahaha...
 
Masa tu kulit muka sy bermasalah. Bukan masalah sikit, masalah banyak! Banyak jerawat, penuh di muka, ada yg bernanah lagi. Eeeww...so jarang la mekap. Tapi skg, Alhamdulillah. Ok sudah la sikit. Blemish-blemish tu masih lagi ada, tidaklah mulus sangat.
 
Dipendekkan cerita, pada suatu hari...
(dlm part ni, sy sudah ada asas mekap dan sudah ikut kelas mekap peribadi)
 
Ada sorang kawan sy ni mo mnta mekap utk kawin dia tapi kekurangan bajet. Lepas itu, ini, itu, ini...tinggal berapa lagi utk bajet mekap. Kebanyakan mak andam minta RM200++ (masa itu la. Nama, lokasi dan masa dirahsiakan). Kawan sy pula bukan org senang tapi mo mekap pengantin juga.
 
Ya la...kawin kalau boleh, sekali ja seumur hidup. Kalau x mekap yg terbaik pun at least "look" yg everlasting kalu tgk dlm gambar nnt. Tidak jg mo cincai.
 
Mo pergi Bodyshop, dia malu. Kawan sy ni memang pemalu org nya dan alim sikit.
 
So, dia mnta sy mekapkan dia. Dengan ilmu pengetahuan yg cukup-cukup makan, sy pun mekap la jg. Tapi tidak la ba sy kasi mekap pakai makeup tools yg cincai. Masa tu sy mampu suda beli jenama mekap dari Maybelline, Silky Girl, Elianto, Revlon. Bukan lagi yg cikai² di kedai kaling.
 
Sy kasi mekap yg simple² ja. Foundation sy kasi pakai cream to powder Revlon, ini la yg paling mahal sy ada masa tu. Hehehe...
 
Alhamdulillah, kawan sy suka! Syukur...
 
Bermula dari situ la, sy semakin giat membaca majalah dan menonton Youtube tutorial mekap. Dan pergi rumah org utk belajar mekap. Org yg selalu jadi mangsa mekap sy, kawan² ofis sy di IPD KK.
Hehehe...memang dorang sangat sporting bila kna "conteng". Tq my dear friend.
 
So, thats it. Sy sasarkan perkhidmatan sy ni utk org yg mempunyai low-budjet tapi masih mahukan solekan yg menawan. Insya Allah sy akan usahakan utk memberikan mekap yg terbaik semampu sy.
 
Sy mohon maaf sekiranya kualiti gambar² yg sy post-kan dlm blog ini kurang memuaskan. Insya Allah kalau sy ada rezeki lebih, sy akan beli kamera yg better.
Im looking forward for your makeup booking, Im ready to enhance your beauty for your special day.
 
Anyway, Im just your another MUA/Makeup Artist.

Makeup : Simple Sweet Look

Florina @ Noi
Simple Sweet Purple
(without fake eyelashes)


Florina @ Noi
Simple Sweet Purple
(without fake eyelashes)


Marrysia @ May
Simple Smokey Brown
(without fake eyelashes)
less light


Marrysia @ May
Simple Smokey Brown
(without fake eyelashes)
with light and flash



Mieha Ali
Sweet Nude Look
(without fake eyelashes)
less sunglight


Mieha Ali
Sweet Nude Look
(without fake eyelashes)
with sunlight


Mieha Ali
Sweet Nude Look
(without fake eyelashes)
Noi dan May adalah cousin. Dorang mnta sy mekap dorang utk attend cousin dorang kawin di church. So, thats the result. Hehehe....
 
Mieha just mnta sy buat trial mekap utk dia. Dia mo yg sweet ja. So, sy bg dia Sweet Nude Look. hehehe...

Monday, November 26, 2012

Makeup : Smokey Purple Pinkish

Erna Firhana
(Sebelum)
 
Erna Firhana
(Selepas)


Erna Firhana
(Selepas)

Erna Firhana
(Selepas)
 Mekap yg dikenakan ke wajah mulus cik Erna Firhana ni adalah Smokey Purple Pinkish. Tapi kelihatan dlm pic ni lebih kepada kaler pink, kan...mekap yg simple ja :) sesuai utk perkahwinan atau function.

Wednesday, November 14, 2012

Makeup : Sweet Soft Pinkish

This is my officer named Puan Norzarihan a.k.a Puan Yan. Sy, Puan Yan dan Ainizan adalah pegawai awam drpd PERKEP IPD KK yg terpilih utk menghadiri Majlis Makan Malam PERKEP Sabah bertempat di     Le Meridien KK.

So this is the result...sorry, picture nda berapa terang. 




Makeup : Simple Smokey Brown

Kebanyakan mekap yg sy buat, yg simple-simple saja. Sy sedaya upaya utk 'mengekalkan' wajah sebenar walau pun wajah di solek tebal. Actually, ramai yg mo mekap yg natural ja, so sy ikutkan saja...termasuk diri sy sendiri. Hehehe...
Enjoy the 'looks'...yang x seberapa ini.











Sunday, November 11, 2012

Makluman

Assalam dan selamat sejahtera, semuanya.

Buat masa sekarang sy tdk dpt upload gambar² mekap yg sy buat baru² ni atas sebab kesibukan kerja, namun sy berjanji akan upload gambar² tersebut pada masa terdekat ini, ok.
Terima kasih, kawan-kawan.
 

Tuesday, November 6, 2012

Makeup : Solemnization - Marhamah


 
 
Ini Puan Marhamah. Pemilik Facebook page Masagena Health and Beauty Centre dan Souq Emas.com  based in Putatan, Sabah. Siapa yg mo order barang kesihatan dan emas, bolehlah like page dia dan contact dia via page yg disebutkan tadi.
 
Oklah, utk mekap dia time nikah, sy banyak bermain dgn warna² Gold+Brown+Cream+White. Untuk lipstick sy guna warna² Coral. Warna² macam ni sangat sesuai utk warna kulit sawo matang macam dia. Sekali imbas, macam muka Cheryl Samad pun ada. Hehehe...she's so sweet! (sorry sy tiada gambar close-up dia)

kredit gambar : Puan Marhamah

Friday, November 2, 2012

Miss Kabby's Makeup Rate

As salam dan selamat sejahtera semuanya.
Saya menyediakan perkhidmatan mekap untuk hari bahagia, hari penting atau santai :
~ Pertunangan (Engagement)
~ Pernikahan (Solemnization)
~ Persandingan
~ Graduasi (Graduation)
~ Majlis Korporat
~ Makan Malam (Dinner)
~ Hi-Tea Party
~ Photoshoot
~ dan lain-lain function...

Saya juga menawarkan harga yang amat berpatutan (bajet-mampu) dan berjanji akan memberikan solekan terbaik semampu yang mungkin. 

Perkhidmatan mekap yang saya tawarkan ini KHAS untuk anda yang mempunyai BAJET RENDAH terutama untuk MAJLIS PERKAHWINAN anda. Saya faham dengan keadaan semasa yang menuntut perbelanjaan yang tinggi untuk majlis perkahwinan.

Harga perkhidmatan mekap yang saya tawarkan sangat berpatutan, sesuai dengan anda yang low-budget. Harga akan berubah mengikut lokasi, kos pengangkutan dan lain-lain faktor semasa seperti request tambahan (jika ada). 


1. PERKAHWINAN :
(Acara: Pertunangan/Pernikahan/Persandingan/Resepsi/Malam Berinai, Malam Berbedak)
Flat rate! Ya flat rate, kadar rata semua event! Jimatkan...

Pertunangan : RM150
Pernikahan : RM150
Persandingan : RM150
Resepsi : RM150
Malam Berinai : RM150  

*****

2. PHOTOSHOOT :
RM 80 - RM 150
(bergantung pada tema photoshoot)
(e.g: pre-wedding, modeling, santai)

*****


3. FUNCTION :

Night/Evening : RM 60 - RM 70 (e.g: Dinner/Party/Prom Night etc.)

Day : RM 50 - RM 60 (e.g: Bridesmaid(pengapit)/Hi-Tea etc.)


*****

4. TRIAL :
RM 30

*****

5. KIDS / MEN :
RM15
(Kids age: below 12 years old )

Sebarang keterangan lanjut, pertanyaan harga dan appointment...bolehlah emelkan terlebih dahulu di 
kabbyra@gmail.com
016-8370521 Miss Kabby (SMS/WhatsApp sahaja)

Facebook (page): Eklassiq Concept
Jangan lupa sertakan sekali nama, nombor telefon dan kawasan, ya. Kadar harga ini dan keutamaan akan diberikan kepada mereka yang berada di sekitar Kota Kinabalu, Putatan, Penampang, Inanam, Menggatal dan kawasan sekitarnya. Permintaan mekap luar daripada lokasi yang disebutkan, akan dikenakan fuel charge.

Nota: Harga tertera adalah harga utk MEKAP sahaja. Kos pengangkutan dan Hair-Do tidak termasuk.