Eklassiq Concept biz card

Eklassiq Concept biz card

Tuesday, September 27, 2011

Fotografi oh Fotografi

Sg Moroli, Kg Singgaron Baru Ranau, Sabah (Tahun 2011)
As Salam.
Sy sangat suka mengambil gambar. Walau pun ilmu tentang fotografi tersangatlah cetek tapi sy sedia belajar. Gambar² yg sy ambil hanya ikut suka hati saja, spontan tanpa berfikir secara dalam. (actually x tau apa perkataan yg sesuai, so I hentam saja la pakai ayat apa pun. huhuhu) Memang tak pernah belajar pun pasal fotografi ni.
Tools yg sy pakai utk capture gambar² ni semua hanya dgn menggunakan handphone Sony Ericsson K770i, with 3.2 mp saja. Belum ada rezeki utk beli kamera digital.
Sy bukan la PRO, so gambar pun tak pro. Barangkali, AMATUR pun sy tak layak pegang. Hehehe...
Just wanna share with you some of my collection. Gambar² yg tak seberapa tapi bolehlah utk 'cuci² mata'. Sebarang komen adalah sangat dialu-alukan. Sy budak baru belajar.


Pantai Kg Gusi Kinarut, Papar, Sabah (Tahun 2010)

Sg Moroli, Kg Singgaron Baru Ranau, Sabah (Tahun 2011)

Sg Moroli, Kg Singgaron Baru Ranau, Sabah (Tahun 2011)

Sg Moroli, Kg Singgaron Baru Ranau, Sabah (Tahun 2011)

Water Front Kuching, Sarawak (Tahun 2009)

Water Front Kuching, Sarawak (Tahun 2009)
Water Front Kota Kinabalu, Sabah (Tahun 2009)

Thank you for your time reading my entry. Thank you very much. Hope you enjoy!

Thursday, September 22, 2011

JuruSolek vs JuruAndam


As Salam.
Tahukah anda perbezaan antara jurusolek & juruandam? Siapakah yang akan anda pilih untuk memenuhi kehendak anda sebagai 'Ratu Sehari' ? Profesion sebagai jurusolek dan juruandam adalah dua kerjaya yang berbeza. Sila baca artikel di bawah untuk mengetahui perbezaan kedua-dua profesion ini:

**JURUSOLEK**
Mereka yg mendalami bidang persolekan adalah mereka yg pakar dlm selok belok menyolek seseorang mengikut kesesuaian wajah, personaliti dan warna serta konsep pakaian yg dikenakan oleh org yg disolek tersebut. Biasanya mereka tidak mempunyai koleksi pakaian baik pakaian komersial maupun pengantin. Tetapi mereka mempunyai peralatan solek yg lengkap dan pelbagai. KEBANYAKAN mereka hanya berkebolehan dlm menyolek tetapi tidak dlm mendandan rambut. Pun begitu masih ada kebaikan apabila anda memilih jurusolek. Ini kerana kaedah menyolek yg digunakan adalah mengikut peredaran semasa (up-to-date). Jurusolek profesional akan menyolek seseorang itu mengikut arus solekan semasa dan pasti akan berpuas hati dan gembira dengan perubahan wajah anda apabila menggunakan khidmat kepakaran mereka.

**JURUANDAM**
Manakala juruandam pula adalah mereka yg berkebolehan dlm menyolek, mendandan rambut, dan mempunyai koleksi pelbagai gaya pakaian pengantin. Juruandam adalah pilihan yg sesuai bagi bakal pengantin yg berminat utk menggayakan pakaian pengantin tradisional. Juruandam berupaya menyediakan segala persediaan perkahwinan secara menyeluruh, termasuklah menyedia dan menghias pelamin, bilik pengantin, malah amalan tradisional dlm mengandam pengantin seperti khidmat perawatan muka, badan dan sebagainya, beberapa hari sebelum majlis perkahwinan berlangsung. Mereka juga boleh diibarat sebagai wakil kpd ibu kerana mereka berperanan dlm meredakan darah gemuruh si pengantin, sepanjang berlangsungnya majlis persandingan. Biasanya, kebanyakan juruandam tahu akan selok-belok dalam adat perkahwinan pelbagai kaum.


Kabby says; 
Terpulang kpd individu utk memilih mana 1 "JURU" yg menjadi pilihan. Secara peribadi kalau diberi pilihan, JURUSOLEK yg menjadi pilihan. :)


Credit to:
The Bride: Marhamah Hj Rosli (My beloved childhood friend)
Photographer: Mr Larry  ( http://www.ukaulili.blogspot.com/ Find him on Facebook @ Larry Tuka)

Wednesday, September 7, 2011

Anda tetap tidak langsing, KALAU...

Anda tetap tidak langsing walaupun berdiet KALAU...

1. Makanan yang anda makan mengandungi kadar lemak yang berlebihan.
2. Tidak Pernah atau Jarang bersarapan.
3. Kurang mengamalkan makanan berserat.
4. Kadar gula berlebihan dalam tubuh.
5. Kurang makan kacang. (Jangan pula makan kacang yang masin)
6. Pengambilan kalsium tinggi lemak

Nah...kalau anda berusaha untuk berdiet tapi mengabaikan senaman & perkara di atas , 

ANDA TETAP TIDAK DAPAT LANGSING.


Kredit: Majalah Rapi.