Idamkan tubuh begini? |
Walaupun sy bukan dari kategori "Gebu" tetapi sy dapati cara pemakanan dan cara hidup sy sesuai utk org² yg Gebu. Oleh itu, sy ingin berkongsi cara sy makan dan cara hidup sy dengan anda. Mana tau ngam! Jika sesuai dengan anda, boleh ambil sebagai panduan. Semoga bermanfaat, ya.
Khas buat anda yang bertubuh GEBU / BESAR / GEMPAL:
Pada pendapat sy, kalau mahu kurus, biarlah kurus secara sihat. Perlu mengikut kemampuan tubuh kita. Jangan paksa. Lakukan secara berperingkat-peringkat NAMUN HARUS DIINGAT! Wajib dan Mesti KUATKAN HATI dan BERDISIPLIN...kerana walau sekuat mana pun kemahuan anda utk kurus tetapi kalau tiada usaha dan disiplin, angan-angan tinggal angan-angan sajalah. KURUS yg sy maksudkan di sini adalah kurus yg sihat. Bukan kurus kerempeng, ya.
Wajib:
1. Kurangkan pengambilan makanan atau minuman manis / kadar gula yg tinggi.
2. Kurangkan pengambilan makanan berlemak.
3. Banyakkan minum air masak.
4. Bersenam atau berjalan kaki dgn kadar cepat.
5. Disiplin.
6. Elakkan minuman beralkohol atau jangan minum langsung.
6. Elakkan minuman beralkohol atau jangan minum langsung.
Cara:
1. Jangan sekali-kali tinggalkan Sarapan. Sarapan sangat sangat sangat penting bagi memacu tenaga kita sepanjang hari. Ambil sarapan dari sumber bijirin seperti roti atau oat secukupnya bersama minuman panas kurang manis atau susu rendah lemak atau jus (biasanya jus oren). Jangan pula makan sampai terlalu kenyang. Atau, makan saja sekurang-kurangnya 3 biji buah kurma dan minum air suam. Lebih sikit pun ok, sebab ia membekalkan tenaga yg berpanjangan (Boleh juga amalkan makan kurma selepas makan sahur bagi yg berpuasa)
2. Kurangkan makan nasi dan makanan berlemak. Bukannya tidak boleh langsung ya, cuma kurangkan pengambilannya. Makan dgn menggunakan mangkuk saiz sederhana kecil. Elakkan menggunakan pinggan kerana kita akan terdorong utk mengambil lebih byk nasi dan lauk jika kita menggunakan pinggan (yg besar) berbanding mangkuk (yg kecil). Biar otak tertipu sikit. hehehe
3. Makan buah-buahan atau salad dahulu sebelum makan makanan berat (nasi). Ini akan membuatkan kita cepat kenyang dan membantu memudahkan proses penghadaman. Kalau anda makan salad bersama mayonis, pastikan mayonis tanpa lemak atau jangan letak mayonis langsung. Makan begitu shj.
4. Jangan makan makanan laut dan darat sekali gus. Contohnya, utk makan tengah hari, jangan sekalikan makanan laut dan darat dalam masa yg sama kita. Kalau hidangan tengah hari kita makanan laut/sungai seperti ikan, sotong atau udang...biar makanan laut shj. Kalau hidangan makanan darat seperti daging ayam, lembu, telur...biar makanan darat shj. Jangan pula, sekejap makan ikan, sekejap lagi makan nuget, sekejap lagi makan sate. Kalau hidangan secara bufet, semua pun kita mahu TAPI berpada-pada. Jangan sekalikan makanan laut dan makanan darat.
5. Makan malam sebelum Maghrib. Paling lewat pun, jam 7pm. Kalau selepas jam 7 masih lapar, makan buah atau sup sayur atau snek rendah lemak. Di pasaran skg byk jual snek rendah/tanpa lemak. Pilih saja yg mana kita suka. Makan cukup sekadar menghilangkan rasa lapar (alas perut). Mengambil makanan berat pada waktu malam akan mengakibatkan makanan dismpan sebagai lemak kerana kadar metabolisme rendah pada waktu ini.
6. Minum air masak (biasa) selepas 3jam. Selepas makan, jgn terus minum air, tunggu selepas lebih kurang 2-3 jam. Jangan selang-selikan makan-minum-makan-minum. Ada karang yg kembung perut atau BOONCIIT (buncit).
7. Jangan asyik timbang berat badan. Kalau tidak mau kecewa dgn 'keputusan' yg bakal ditunjukkan oleh alat penimbang, cukuplah seminggu sekali menimbang. Lebih baik turun berat badan 1kg secara tetap setiap bulan drpd turun secara mendadak dan drastik. Ingat, drastik turun, drastik juga naik.
8. Bersenam secara teratur. Bersenam la mengikut kemampuan dan cara yg anda sukai. Aerobik ka, menari ka, jogging ka, futsal ka...yg penting kamu suka! Kalau rajin, berkunjunglah ke gym. Atau berjalan kaki dengan kadar cepat sejauh sekurang-kurangnya 10,000 langkah. Hmmm....Pilih mana yg sesuai dan anda suka dengan syarat, lakukan secara tetap dan teratur. Jangan pula lepas bersenam terus duduk dan makan/minum benda yg manis dan berlemak. Buat penat saja bersenam. Usaha menjadi sia-sia.
Ini hanyalah sebahagian daripada berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus tips utk kurus. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kawan-kawan yg berhasrat menurunkan berat badan. Tubuh yang sihat membangkitkan keyakinan pada diri dan memancarkan kecantikan dalaman secara semulajadi. Pengambilan ubat-ubat (utk kurus) hanya untuk membantu kita kurus dan BUKAN penyebab utama kita kurus. Ingat, utk kurus, bermula dari diri kita sendiri. Makan ikut keperluan tubuh kita. Selamat berusaha dan semoga berjaya, kawan-kawan.
No comments:
Post a Comment