Eklassiq Concept biz card

Eklassiq Concept biz card

Monday, May 14, 2012

Coming Soon: My Basic Personal Makeup Class

As salam n selamat sejahtera...

Kawan² yg rapat dgn sy sangat faham dgn 'kegilaan' dan 'obsession' sy....MEKAP! Kawan² d IPD KK suggest sy supaya buat kelas asas mekap utk dorang. Bila fikir², tidak salah kalau sy buat personal class makeup basic utk kawan² yg berminat ni.

I will organise my Basic Personal Makeup Class soon..lepas dapat tarikh dan tempat yg sesuai. Sy juga akan jemput kawan² sy yg jual makeup tools dan jual beauty personal care. Kelas akan diadakan di sekitar Kota Kinabalu juga.  

Sy sangat-sangat-sangat passionate terhadap dunia solekan. Setakat ini, sy tidak pernah mengikut kursus yg advance sebab "keadaan ekonomi" sy yg kurang mengizinkan. Minat yg mendalam dalam bidang ni buat sy tidak pernah berhenti belajar dan memperbaiki skil solekan sy. Selama ini, sy belajar mekap melalui youtube, majalah dan buku mekap. Pernah juga ikut kursus khusus solekan di sekitar KK.

Kelas mekap ni tercetus apabila ramai drpd kawan² ofis tanya sy pasal mekap dan penjagaan kesihatan kulit muka. Pernah sekali, sy dan kawan² berbincang psl mekap dan kecantikan. Sy sampai tidak cukup mulut mo menjawab soalan² cepu mas dorang. Bertubi-tubi dorang tanya sy psl mekap la, cara betul membersihkan muka la, macam-macam la. 


Sy pernah juga mengalami masalah kulit muka. So, sy faham perasaan dorang bila dorang tanya pendapat sy tentang kesihatan kulit dan solekan yg betul. Utk pengetahuan kawan², dulu...muka sy sangatlah teruk. Muka berjerawat (sampai bernanah), parut sana sini...sampai sy jadi sangat down dan rendah diri. Next entry la sy post pengalaman sy tentang muka yg berjerawat dan berparut. 

Kawan² yg ingin belajar mekap asas, boleh la join. Sy bukan la seorang yg expert sangat pasal mekap² ni tapi adalah sikit ilmu tu utk di share. Buli la kampung-kampung. Dalam kelas tu nanti, sy akan tunjuk basic mekap ke pejabat, santai dan dinner dgn MENGGUNAKAN MEKAP TOOLS sedia ada milik peserta sendiri. Selain itu, sy juga akan tunjuk steps yg betul utk membersihkan wajah.

Oklah...nanti sy akan update lagi pasal kelas personal sy ni kalau sy uda dapatkan tarikh, masa dan tempat...kemungkinan besar akan diadakan pada Jun 2012 kelak.

Kabby says;
sangat berbesar hati jika dapat dapat memanfaatkan dan berkongsi ilmu yg sedikit ini dgn kawan-kawan suma. korang sangat di alu-alukan utk join kelas yg serba sederhana ni 

No comments:

Post a Comment